Thursday, September 8, 2011

isteri dambaan suami

ya Allah.. sesungguhnya aku rasakan diri ini sunguh tidak sempurna.. apatah lagi nak mendapatkn title isteri solehah di mata suami... rasa macam tak layak.. banyak perkara yang perlu diri ini belajar untuk sampai ke tahap itu... selagi nyawa d kandung badan.. aku harap aku dapat menjadi isteri yang sempurna di kaca mata mu suami ku.. "Syed Zainal Rashid"... (tak semena2 air mata mengalir d pipi.. T_T)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam fitrah untuk semua sahabat yang sentiasa berhubung dengan kami di laman web ini.
Sebenarnya menjadi seorang isteri lebih mudah untuk mendapatkan keredhaan dan ganjaran di sisi Allah sekiranya seorang perempuan yang berstatus isteri benar-benar menjalankan tanggungjawab dan peranannya dalam keluarga. Menjadi isteri menuntut waktu kerja 24jam seharidan 7 hari seminggu. Mana mungkin tugas berat ini diletakkan pada bahu seorang suami. Oleh sebab itu sebagai isteri perlu tahu bagaimana cara untuk menjadi seorang wanita yang menjadi dambaan suami, kerana bidang tugas seorang isteri sebenarnya lebih besar berbanding lelaki walau isteri tidak mendapat kuasa veto dalam keluarga.
Sebagai seorang suami, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami. Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan.
1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandaimengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!
2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.
3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.
4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.
5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.
6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.
7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurusimej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.
8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

Friday, August 26, 2011

Penghujung Ramadhan...

tinggal berapa hari je lg kite nak meninggalkan ramadhan.. sayup betul hati ni.. memikirkan tahun hadapan dapat lagi ke kite bertemu dengan ramadhan... memikirkan lagi yang ramadhan kali ni melakukan ibadah yang tak berapa nak sempurna... masih banyak lagi kekurangan diri yang belum di ubah.. masih banyak lagi perkara2 dosa yang belum dibersihkan.... terasa diri ni cuai sangat2 dalam menyempurnakan ibadah di dalam bulan mulia ni..... bulan yang sepatutnye kite tak sia2 kan.. bulan yang penuh barakah yang tiada tolok bandingannye.. aduhaii lah hati... aduhaiii lah diri ini.. bangkit lah dari lena mu yang panjang... sudah amat selesa kamu dengan hal2 dunia yang hanya sementara ini... geraklah hati, geraklah diri untuk mencari keredhaan Ilahi... sebelum Ajal datang menjemput diri.. pergilah berjuang mengumpul saham di akhirat... ya Allah.. ampunkan dosa hamba mu ini... ku harap dapat bertemu lagi ramadhan yang mulia ini....amin..!

Tuesday, August 23, 2011

Raye..ray00.. ghayoo...gaya...

dah penghujung ramadhan ni.. agak sedih jugak sebenarnye.. tah next year dapat lagi ke tidak bertemu dengan bulan yang mulia ni.. lagi seminggu gitu dah nak raye pulak.. dalam happy nak sambut raya.. terselit perasaan sedih jugak sebenarnye.. mak n abah beraya kat kampung.. along n kak n0r pun same... nak ikutkan first raya thun ni its my turn celebrate kat kampung bersama family tercinta. tp disebabkan macam2 perkara x dapat dielakkan.. kene beraya d kl dulu.. sebenarnye raya d mana2 sahaja pun x de hal.. tp d sebab kan terkenang yang aku ni hanya 2 beradik sahaja..along pulak maybe raya kedua dah balik kedah..kalau tahun nih aku raya d perak dulu.. raya kedua aku pun kene lah balik kl.. n mak abah tinggal plak berdua... lagi2 mak.. semua kene buat sendiri.. x de sape tolong.. tuh yang buat aku lagi2 sedih.. walaupun mak n abah kate tak kisah.. tp d hati mereka sape la tahu kan..

kalaulah diri ini ramai adik beradik mmg x de rasa risau n sedih2 macamni... tp tuh lah lumrah adat hidup berumah tangga.. nampak gayanye raya kedua baru plan balik kg perak.. tengah sedih ni..lagi2 bila terbaca kat pesbuk abah jemput orang dtg kempung raya pertama coz ade masak nasik lemak ikan bilis petai.... uwaaa....!!!!!!!!!!!!!!! sedihhh la....anak abah sorang nih xde pada hari raya pertama... hmppphhhhh! T__T

Monday, August 15, 2011

sambut bulan puasa


Alhamdulillah... dah hari ke 16 puasa.. masih penuh n gagah meneruskan perjuangan sebagai khalifahNya. puasa kali ini aku berempat.. dengan kehadiran insan baru menyerikan lagi suasana keluarga Alhamdulillah... belum sempat ku kenalkan siapa insan baru tuh kan...puteri kesayangan yang di beri nama Sharifah Annur Batrisyia.. hampir 9 bulan puteri ku ini.. memang lah sangat sy0mellllll..
sudah tentunye bila dah ade 2 baby ni.. memang agak penat n letih.. tuh lah kan, bukan senang rupenye menjadi seorang ibu. banyak pengorbanan harus kita lalui.. banyak juga kehendak hati ku disekat demi menjaga anak2 tersayang.. Alhamdulillah suami banyak membantu n memahami.. kadang2 tuh rasa macam kekok sangat. walaupun Annur dah nak masuk 9 bulan.. aku masih lagi kekok.. rasanye macam ade saje x cukup, x memuaskan dan macam2 pekara x sempat nak buat untuk rumah tangga dan diri sendiri..
celik je mata tuu dia kerja dah menunggu.. bayangkan kalau wanita berkerja pulak macamana agaknye ek.. haiyoo fening2.. tp ituu lah yang mengindahkan kehidupan kite..


Thursday, August 26, 2010

salam ramadhan 2010

skrg 27 aug 10, pada jam 07.14 am.

hurmm mmg aku sungguh malas mengupdate blog sendiri.. suka2 hati je bila nak cerita sesuatu, n teringat akan blog sendiri baru lah singgah... maybe life skrg x macam dulu... tersangat lah bz dengan kehidupan alam rumah tangga, lebih2 lagi dah ade baby n tgh mengandung plak lagi...

aku bagun tok prepared sahur pukul 4 pagi.. lepas tuh layan movie n sambil tgu basuh kain.. lepas tuh solat subuh terus layan FB.. bukan slalu pun camni.. nih pun sebab my laling cuti.. so time tuk ambil masa tuk diri sendiri tuh ade lah skit2.. sebab kalau my laling akan tolong same jaga baby ziqry..

keselaluan nya... aku tido skrg mmg x cukup... lagi2 bulan pose neh.. bleh dikatakan everyday tido time hanya 2 ke 3 jam saje.. sebab pagi2 dah kene bagun menunaikan tgungjawab buat sahur, suami nak g keje lagi.. melayan baby lagi... huh... mmg penat.. kadang2 terpikir macamana lah kalau aku kerja nanti... tentu2nya aku kurus dengan sendiri n x payah sibuk nak diet2.. huhu~ !

tp kadang2 bila pikir2 balik.. aku rasa bersyukur jugak.. sebab x bkerja, bleh jaga anak,tgok anak membesar depan mata aku sendiri... kalau turut kan hati mmg aku nak berkerjaya sambil anak ade disisi... bleh ke? hanya buat bisnes je leh angkut anak ke sana sini... aku amat berat hantar pada org yang xde talian darah tuk jaga anak aku.. hushhh... biar family sdiri.. tp tah kenapa aku nak juga anak2 aku membesar dengan 2 telapak tangan ini... rasanye sungguh berharga pemberian Ilahi ni...

hehe... skrg dah pertengahan ramadhan... sedang memikirkan persediaan tuk beraya.. tp tahun nih maybe ala kadar saje.. kalau berlebih pun utk anak je.. sebab ziqry firstime nak merasa raya.. huhu..baju raya ziqry je dah berhelai2.. ummi n walid saje belum lagi..

ingat nak g soping harini... tp rasa cam x sempat je waktu.. coz 2day jumat.. my laling nak solat jumat.. malam nak ke tarawih pulak.. so.. harini punye plan, nak menyiapkan langsir ibu mertuaku.. langsir ku sudah siap di jahit.. huhu.. jahit sendiri lah.. nak short cost.. skrg neh kalau perbelanjaan x d bendung.. mau klcc ku beli.. so kenelah mengajar diri supaya tidak membazir..

lagi2 pulak harus menyimpan sedikit tuk yang di dalam perut neh.. sedar x sedar dah 6 bulan aku mengandung anak ke 2.. rasanye sakit melahirkan yang first dulu belum pudar dari ingatan.. tup2... ade lagi rupenye.. alhamdulillah.. pemberian yang tidak ternilai dari Allah.. mmg x sabar nak sambut adik ziqry ni.. macam mana lah nanti menjaga karenah 2 orang baby dalam hidup.. omg.. x pernah terlintas dalam fikiran yang aku akan menjaga 2 orang budak dalam 1 masa.. dah lah x de pengalaman.. adik pun xde, apatah lagi anak buah... ziqry nih pun masih terkongtang kanting aku menjaganye.. kalau org tgok cara aku menjaga hish malu nyee...

bulan 10 nih pulak aku bakal mendapat anak buah... hehe.. x sabar rasanye nak merasa ade anak buah sendiri.. tp aku masih mencari2 pangilan yang sesuai tuk anak buah aku pengil aku nanti... tgh mereka2.. sure anak buah aku tuh comel macam aunty dia neh.. hehe..

ok lah.. time tuk aku sidai kain.. sebelum budak comel mengamuk... baik aku settle kan apa yang harus ku settle kan...

Wednesday, June 2, 2010

happy anniversary... syed & nora




2




sempena anniversary n0ra & syed...kitaorg pegi celebrate kat kunang2.. tpt biasa2 ajew.. tp makanan nye bleh tahan sedapnye.. mula nye nak pergi ke lookout point... n nak merasai western food disana.. tp asben nak makan seafood.. so pegi ke kunang2.. rupenye sane xde makanan seafood.. western jugak... alang2 sampai.. terjah sajew.. tp kalau korang ade wit lebih.. nak pg makan sedap2 n tpt yg cantik skit.. leh lah ke cerana seafood.. asben nak norra n ziqry pakaian bertemakan red color..


lagi n lagi sempena hari bermakna n terindah nih jugak.. nora n syed saje bergambar ala pengantin.. tuk mengingati saat2 terindah dulu2 cheh wah.. n perasaan seronok sangat2.. coz dpt bpkaian cantik walupun perutku sudah kedepan... esok bila bby kua.. leh dia tgok ummi n walid dia comey2 belake...



Wednesday, May 12, 2010

salam 2010

Salam semua... hurm agak lame saye mendiamkan diri dari laman blog ni.. tuk pengetahuan semua.. saya dah ade cahaya mata comel sangat2.. Syed Ziqry Rasyid Al-Juffry.. nama indah untuk putera kesayangan saye ni... nih latest pic ye




memang anak ayah kan.. muka dia mmg banyak ikut walid ye.. alhamdulillah.. sungguh senang jaga Ziqry.. x banyak ragam.. kalau keluar jalan2 pun senang sangat x de kerenah.. harap biar sampai besar hendaknye..

perasaan ade baby nih... hurmm... sayaaaaaaaaaaanggggg sangat! maybe b4 this saye x penah ade adik atau anak buah kan.. tp amat suka budak2... so skrg ade anak sendiri.. Godam habis2an...

hurm... harapan saye 2010 nih... ade lah perubahan yang baik hopefuly dalam hidup saye.. murah rezeki, sihat tubuh badan n yang paling penting dekatkan diri pada yang Kuasa..